Pages

Monday, August 02, 2010

Jawapan JAKIM tentang produk HALAL...

Ini email yg saya dapat tetapi tarikh sebenar saya tak ada... Kalau ada kawan2 yg ada info terbaru, pls maklumkan ya... Really appreciate ur assistance...


" Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1)Mcdonald (2) A&W (3) Secret Recipe


- Restoran/syarikat berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
(1) Victoria Station (2)Kam Lun Tai (3) Lotus Family Restoran



- Restoran/syarikat berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
(1) San Francisco Steakhouse (2)Chicken Rice shop (3)Kiwi Express

- Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

- Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat.

- KG Pastry atau Noraini's Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarikbalik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah S/B, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Assalamualaikum Terima Kasih Pada yang bertanya,
Mewarnakan rambut dr segi hukum syarak terbagi kepada :
1.Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam .Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
2.Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
3.Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
4.Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
5.Harus mewarnakan rambut dengan izin Suami.

Dari segi ingredient pewarna rambut yg ada dipasaran terbahagi kepada 2 jenis yang mana kedua-duanya dalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut menyerap air atau tidak ??

Pewarna rambut yang dipasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Pamenent Dye adalah jenis yang tidak menyerap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang islam.Begitu juga sebaliknya.

JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ianya di kilangkan di luar negara.

Utk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal utk produk yang diproses di malaysia sahaja . Wassalam

4. Sehingga kini pengeluar supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar den gan JAKIM adalah syarikat Upha , kebanyakan supplement food dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal.

Bagi produk jenama Blackmores, Solaray,Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.

Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan islam dinegara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM , maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan/minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan : Saya ingin tahu samada semua stall di foodcourt Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yg membezakan gerai yg halal den gan yg tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan's, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California pizza, Kelantan Delights, Chakri's Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne's Pretzels,Cinnabon, Al-Mar jan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean's Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker's Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM.

King's Confectinery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka den gan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak babi untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan/produk di tempat tersebut

Minyak QBB ada Lemak Babi...

Salam semua... Terkujat jugak bila dapat email tu semalam... Bila dah habis baca, terus fwd kat kawan2... Now just nak share dgn semua sedara2 Islam...

Actually about barangan halal/haram ni dah lama berlaku cuma pihak berwajib tak melaksanakan tanggungjawab dgn berkesan... Saya mula melihat perkara ni dgn serius bila sy mendapat email tentang ayam2 yg di inject (ayam bandar lah senang cakap...) Enzim yg digunakan diambil dari satu bahagian babi dimana ia mempercepatkan tumbesaran ayam tersebut. 45 hari dah ready... Bila sy baca, maka terus sy stop makan ayam bandar ni... sebab tu sy & fmly tak makan KFC... Itu satu hal...

Tentang cara penyembelihan pulak... Betul ke cara penyembelihan tu...? Tiap2 hari ribuan ayam disembelih... Siapa yg sembelih...? Ada maklumat yg menyatakan orang bangla yg sembelih... Adakah cara penyembelihan mengikut hukum syarak...?

Mulai saat sy & fmly mula peka terhadap barangan yg dimakan... kami check dulu ingredients... Lpas tu, sy dpt pulak email tentang e-code yang memberitahu bahawa e-coding dgn nombor tertentu mengandungi bahan dari babi... Masalah lagi tu...

Yang lebih memeranjatkan, banyak makanan yang diimport masuk mengandungi bahan yg tidak halal untuk umat Islam... Yang lebih pelik ialah barangan2 tersebut ada tanda halal... My wife pernah beli ice-cream WALLS yg dibuat in China dan mengandungi emulsifier yg tak halal(Pork substance) tetapi ada tanda HALAL... Mcmana tu... My wife pegi tunjuk kat pekerja pasaraya tu, terus dia tukar tanpa banyak cakap...

Buka ice-cream saja tapi banyak lagi... Kalau nak diikutkan, terlalu banyak tetapi produk tersebut tetap berada dipasaraya2 besar dan dijual secara terang2 dan ada logo HALAL lagi...

Saya pernah melayari website halalguide, website JAKIM dan lihat tentang halal & non-halal produk... Yg peliknya, dalam website kata tak halal tetapi bila kita pegi kat kedai tersebut, ada tanda halal... Nanti sy cuba postkan info ni untuk tatapan semua... Bukan sy melarang tetapi menyampaikan maklumat sebagai seorang Islam... Kepada yg tak kisah, itu hak individu... Tetapi kita sebagai Pengguna Islam wajib memainkan peranan yg lebih efektif... Jabatan Agama Islam dan KPDNKK pun kena peka terhadap perkara2 macam ni... Jangan diam dan buat2 tak tahu saja... Ini berkenaan Agama Islam...

Sunday, August 01, 2010

Shopping complex...

Salam... semalam saja pegi laa jalan2 dgn fmly kat Midvalley...saja ronda2... Orang ramai jugak... tapi tak lah terlalu ramai... Seronok dok browsing... Actually perkara ni lama dah tapi saya cuma nak highlight kat kawan2 dan pihak yg terlibat...

Kat Midvalley LG tu kan banyak kedai2 makan... Memang meriah lah... Tapi bila sampai kat satu area ni agak pelik jugak lah... Sebab ada kedai yg jual DAGING BABI SALAI... Kalau kawan2 perasan laa... Just sebelah kedai Spaghetti tu... Terang2 dijual... Bukan kedai tu saja tapi kat opposite kedai tu ada lagi satu kedai yg jual barang yg sama...

Persoalannya boleh ke mcm tu...? Bukannya apa, ni tempat masyarakat... Barang tu dah laa tak halal untuk kaum Islam... Bila di slai...baunya pun merebak...walaupun tak kuat tapi tetap merebak jugak sebab kedai ni indoor dan aircond pulak... Kenapa Pihak JAKIM atau mana pihak terbabit tak pergi dan melihat tempat tersebut...? Boleh ke barang macam tu dijual kat tempat macam Midvalley ni...?

Bukan orang Malaysia saja kat sana tapi saya lihat ramai pelancung dari Middle East lalu lalang... Apa pandangan mereka kerana Malaysia ni sebuah negara Islam... Bukan tak boleh jual makanan mcm tu tapi harus ada tempat yg sesuai laa... Dah sah makanan tu tak halal untuk kaum Islam tapi di jual secara terbuka pulak... Tak menghormati laa tu... Kalau kita cakap, nanti ada laa pihak mereka yang melenting dan membantah... Hanya 2 kedai ini saja yg jual makanan macam tu TETAPI KENAPA mereka diberi kebenaran...?

Saya harap pihak JAKIM dan pihak Berkuasa yg terlibat, silalah pantau hal2 macam ni... Tak elok sama sekali...

Wassalam...